Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, suspek lelaki berusia 36 tahun itu mengaku memandikan dan menukar pakaian bayi berkenaan.

“Suspek hanya mendedahkan dia menguruskan mangsa kira-kira pukul 9 pagi pada hari kejadian dan itu sahaja disebut dalam soal siasat.

“Pihak polis telah memanggil beberapa saksi seperti jiran, ahli keluarga serta majikan suspek yang merupakan pemilik kedai gunting rambut tempat dia bekerja untuk diambil keterangan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.

Terdahulu, sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian Nur Muazara yang dipercayai didera fizikal dan seksual oleh pengasuhnya.

Ahmad Dzaffir memberitahu, siasatan menyeluruh sedang dilakukan termasuk mengenal pasti individu terakhir menguruskan mangsa pada hari kejadian. - UTUSAN ONLINE