Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal di lokasi kejadian menemukan 26 kelongsong peluru kaliber 5.56 milimeter.


“Sebanyak 18 helai kertas bersaiz A4 yang memaparkan gambar dua lelaki dipercayai warga tempatan turut ditemukan kira-kira 22 meter daripada lokasi tembakan dilepaskan.


“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan termasuk membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Mazlan, pihaknya juga sedang menyiasat secara terperinci sama ada kes tembakan ini mempunyai kaitan dengan satu lagi kejadian tembak di sebuah kelab malam di ibu negara sebelum ini.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata,” ujarnya.


Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintenden Mutazlim Hamdan di talian 03-92050222/019-7842754, Inspektor Mohamad Syafiq Mohamad Rusdin (018-2404072) atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur (03-21460584/585).-UTUSAN ONLINE