Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.10 malam apabila suspek berusia 22 tahun itu cuba melarikan diri ketika polis melakukan serbuan di rumahnya.

“Pihak polis mengetuk pintu rumah suspek beberapa kali namun dia enggan membuka pintu sehingga terpaksa memecahkan pintu tersebut.

“Apabila pihak polis berjaya masuk ke rumah tersebut, kita mendapati suspek cuba melarikan diri ke tingkat bawah dengan bergayut di pintu pagar dapur sebelum terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Sebelum ini, satu rakaman video tular di laman sosial memaparkan dua lelaki bertindak merogol seorang wanita yang dipercayai pekerja sebuah pusat hiburan selepas menyamun premis berkenaan.- UTUSAN ONLINE