Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suspek kes samun ditahan, dua rakan diburu

BOY DIBURU POLIS 2
DUA lelaki dikenali sebagai Mai dan Boy diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes samun menggunakan senjata.-UTUSAN

TAWAU 17 Julai - Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata dan khianat di Kampung Muhibbah Raya di sini, kelmarin.

Suspek yang dikenali dengan panggilan Otai, 25, itu ditahan di rumahnya oleh pasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira pukul 11.30 malam.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kes pertama berlaku pada 24 April lalu apabila suspek bersama seorang rakannya menyamun seorang lelaki menggunakan sebilah pisau dan melarikan telefon bimbit.


“Sebulan selepas itu, suspek bersama tiga lagi rakannya turut menyamun menggunakan pisau ke atas remaja berusia 16 tahun berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan, di sini dan melarikan telefon bimbit mangsa.


“Manakala pada 25 Mei lalu, suspek yang dalam keadaan mabuk telah melontar batu ke arah cermin hadapan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX di Tinagat Plaza di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Tambah Fadil, saringan ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah dan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 serta 427 Kanun Keseksaan.


Sehubungan itu katanya, pasukan polis turut memburu dua lelaki yang dikenali sebagai Mai dan Boy kerana dipercayai melakukan jenayah tersebut suspek. - Utusan Online.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain