Dalam serbuan kira-kira pukul 10.40 pagi itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Julau telah menahan suspek, Philip Uja, 42, di dalam tandas sebuah rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, tangkapan tersebut hasil maklumat diterima daripada penghuni rumah panjang berkenaan.

“Suspek telah meminum cecair racun disyaki baja urea untuk kelapa sawit yanh dicampur air dalam botol lutsinar bagaimanapun dimuntahkan semula.

“Pasukan JSJ Sibu juga telah membantu dan suspek dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Pada Khamis lalu, mangsa merupakan penjawat awam berusia 26 tahun dipercayai dibunuh ekoran hentakan kuat menggunakan objek tumpul menyebabkan pendarahan pada otak.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek kini berada dalam keadaan stabil.

“Permohonan reman suspek pula akan dibuat pagi esok.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE