Ketua Polis negeri, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pihaknya akan memohon perkara itu daripada mahkamah dalam masa terdekat.

Kata beliau, pada masa ini, lelaki tersebut telah pulih daripada kecederaan dialaminya dan masih dalam tahanan reman pihak polis.

“Setakat ini, lelaki itu tidak mempunyai rekod sakit mental, negatif ujian dadah semasa ditahan tetapi ada rekod lampau penagihan dadah,” katanya.

Ab. Rashid berkata demikian ketika ditemui semasa program lawatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210 di sini, hari ini.

Yang turut hadir isteri Ab. Rashid, Datin Zaiton Sulong selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibupejabat Polis Kontinjen negeri.

Semasa program tersebut, Ab. Rashid dan Zaiton menyerahkan hamper kepada seramai 36 orang kanak-kanak di wad pediatrik dan dewasa termasuk lima daripadanya terdiri daripada keluarga anggota selain seorang pegawai polis.

Dalam kejadian itu, seorang bapa berusia 53 tahun mati ditetak anaknya sendiri menggunakan parang panjang, yang dipercayai mengalami masalah dadah. - UTUSAN ONLINE