Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, polis juga berjaya merampas barang kes yang dianggarkan bernilai RM2,650.

“Daripada pengakuan suspek, dia telah melakukan sebanyak empat kes yang sama di daerah SPU.

“Hasil saringan awal air kencing pula mendapati suspek negatif dadah tetapi mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE