Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suspek ke-11 lindungi pusat judi direman

KUALA LUMPUR 19 Mei – Kutip RM1,000 sehingga RM10,000 sebulan daripada tauke judi haram dan rumah urut.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa seorang awam untuk perintah reman di Mahkamah Majistret hari ini.

Itulah peranan seorang lelaki yang direman hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes melin­dungi premis judi haram dan pusat urut di sekitar Melaka yang turut melibatkan lima pegawai dan seorang anggota polis serta tiga orang awam baru-baru ini.

Sehingga kini, lelaki itu menjadi orang awam keempat dan merupakan suspek ke-11 yang ditahan SPRM dalam beberapa siri tangkapan sejak Selasa lalu dengan rampasan mencecah RM986,000 selain RM400,000 menerusi pembekuan beberapa akuan bank milik suspek.

Difahamkan, wang suapan yang diterima pegawai dan anggota polis termasuk orang awam berkenaan digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk berhibur bersama gadis pelayan pelanggan (GRO).

Menurut sumber, orang awam berusia 32 tahun yang bekerja sendiri itu mengutip wang daripada pengusaha-pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di daerah Melaka Tengah dan Jasin sebelum me­nyerahkan hasil sogokan tersebut kepada seorang anggota polis berpangkat koperal.

Katanya, kesemua wang tersebut disimpan dalam sebuah stor milik suspek di kuarters Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Melaka.

“Tindakan suspek menyimpan wang tersebut bagi membantu pegawai-pegawai atasannya yang turut bersubahat menerima rasuah serta melindungi ke­giatan mereka daripada terbongkar.

“Bagaimanapun, pihak SPRM kini masih menyiasat jumlah pusat judi dan rumah urut yang terlibat memberi rasuah kepada mereka,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, suspek terbaharu itu ditahan direman selama enam hari bermula hari ini hingga 24 Mei ini. Dia ditahan pada pukul 9 malam semalam selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu pejabat SPRM di Putrajaya di sini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nadia Othman di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Semalam, seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 52 tahun yang bertugas di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka direman selama tujuh hari termasuk penemuan wang tunai sebanyak RM800,000 yang disembunyikan di dalam stor kediamannya.

Rabu lalu, dua ketua polis daerah yang bertugas di Melaka Tengah dan Jasin serta seorang inspektor dan satu orang awam turut ditahan bagi membantu siasatan kes yang sama.

Selasa lalu, dua orang awam termasuk seorang pengusaha pusat judi haram yang dipercayai mempunyai ‘kuasa’ untuk menukar mana-mana pegawai polis yang tidak bekerjasama dengan mereka ditahan bersama tiga pegawai polis masing-masing dua berpangkat deputi superintenden dan seorang inspektor.

habis

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain