Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya telah menghantar sampel darah dua mangsa terbaharu yang dimasukkan ke hospital akibat meminum kopi berkenaan untuk dianalisis semalam.

Katanya, turut diserahkan kepada kepada Jabatan Kimia ialah bungkusan kopi putih berkenaan yang dihasilkan sebuah kilang di negeri ini.

" Pada masa sama, pengurus kilang kopi berkenaan telah membuat laporan polis pada 1 Februari lalu mendakwa produk syarikat itu disabotaj oleh individu tidak dikenali," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE