Difahamkan, lima lelaki yang memakai baju lokap tiba kira-kira pukul 12.45 tengah hari dengan menaiki sebuah bas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diiringi oleh anggota polis trafik.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat kawasan kuil bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat di lokasi kejadian.

Kesemua suspek dilihat meninggalkan lokasi kejadian kira-kira 1.10 petang selepas setengah jam dibawa ke kawasan sekitar kuil oleh anggota polis.

Tinjauan wartawan mendapati kawasan sekitar kuil masih dikawal ketat polis bagi menjaga ketenteraman awam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis telah menahan sebanyak 58 orang yang terdiri daripada 18 individu bangsa India, dua Cina dan 38 Melayu bagi membantu siasatan kes berkenaan.- UTUSAN ONLINE