MOHAMED MOKHSEIN MOHAMED ZON
MOHAMED MOKHSEIN MOHAMED ZON 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek berusia 26 tahun itu mendapat perintah remah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini sehingga Isnin depan.

Terdahulu, media melaporkan suspek terbabit ditahan pada pukul 8.10 malam semalam di Taman Cheras, Jalan Cheras di sini oleh pasukan dari Bahagian Jenayah Berat (D9), IPD Cheras.

Khamis lalu, mangsa berusia 48 tahun itu dikatakan berada dalam lif berkenaan bersama suspek sebelum dibelasah dan disamun lelaki tersebut.

Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di dahi dan badan serta dirawat di sebuah hospital. – UTUSAN ONLINE