Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suri rumah ditikam anak sendiri

jenayah

KUANTAN 13 Julai - Seorang suri rumah berusia 64 tahun nyaris maut akibat ditikam anaknya di bahagian rusuk kiri, paha kiri dan belakang badan dalam kejadian di Felda Jengka 10, Maran dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, tindakan pantas jiran yang mendengar jeritan mangsa berjaya menghalang suspek daripada terus mencederakan warga emas berkenaan.


“Kejadian berpunca apabila suspek yang merupakan duda berusia 40 tahun dipercayai berada di bawah pengaruh dadah berang apabila mangsa melarangnya membasuh tikar getah di rumah mereka.


“Jiran mereka membawa mangsa ke hospital untuk rawatan manakala suspek yang mempunyai rekod jenayah dan dadah ditahan untuk siasatan,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain