Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Jabatan Siasatan Jenayah dengan kerjasama pihak berkuasa Singapura dan Indonesia berjaya menahan 18 suspek berusia antara 18 hingga 50-an di Johor Bahru dan Batam.

“Suri rumah itu dipercayai diculik di rumahnya kira-kira pukul 3.30 pagi pada pertengahan bulan lalu sebelum dilarikan ke Batam dan dikurung di sebuah rumah ladang.

“Penjenayah tidak menghubungi keluarga hampir dua minggu sebelum meminta wang tebusan dalam jumlah yang besar. Hasil tindakan lanjut, kita berjaya menyelamatkan mangsa tanpa dicederakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Penambahbaikan dan Perluasan Sistem Pusat Unit Risikan Jeyanah, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE