Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suri rumah dirogol, disamun di rumah

Samun dan rogol
KEADAAN jeriji besi tingkap rumah mangsa yang diumpil tiga suspek dipercayai warga Indonesia di Kampung Rantau Panjang, Klang, pagi semalam. - UTUSAN ONLINE/MEDIA SOSIAL

KLANG 8 Jun - Seorang suri rumah berdepan detik hitam apabila dia menjadi mangsa rogol dan samun selepas tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia memecah masuk kediamannya di Kampung Rantau Panjang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suri rumah berusia 34 tahun itu dirogol oleh seorang daripada tiga penjenayah terbabit manakala wang tunai miliknya dan suami serta beberapa barangan berharga lain turut disamun suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, mengikut laporan yang dibuat suami mangsa berusia 42 tahun, ketika kejadian dia bersama anak lelakinya berusia empat tahun tidur di ruang tamu rumah mereka, manakala isterinya tidur di dalam salah sebuah bilik di rumah mereka.

Katanya pengadu tidak sedar ketika kejadian berlaku dan sehinggalah isterinya mengejutkannya dan memaklumkan dia telah dirogol serta suspek telah melarikan diri. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain