M. Chinnammah didakwa membunuh M. Pichai, 70, di rumah wanita itu di No. 2, Pekan Jelai, Bahau, Jempol antara pukul 11.30 pagi dan 5.20 petang, 30 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Chinnammah yang memakai baju lokap warna jingga hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan kepadanya oleh jurubahasa.

Bagaimanapun tiada penga­kuan direkodkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pada 3 Julai lalu, media me­laporkan seorang wanita warga emas ditemukan mati dengan kesan kecederaan di leher, dagu, tangan dan dada di rumahnya di Pekan Jelai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mayat Pichai ditemukan terbaring di ruang tamu oleh seorang cucu lelakinya berusia 17 tahun.

Keputusan bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan tekanan kuat di bahagian leher.