Kuan Yau yang turut dikenali dengan gelaran Superman ditahan bersabit satu laporan polis yang dibuat di Kulai, Johor dan dibawa ke ibu pejabat polis Daerah Timur Laut di sini.

Peguamnya, RSN Rayer berkata, Kuan Yau akan dibawa ke Johor malam ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi esok.

Menurut beliau, pihaknya difahamkan Kuan Yau ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi namun tidak dinyatakan seksyen. – UTUSAN ONLINE