Kerbau dalam MPV
 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi, suspek memberhentikan kereta mereka di tepi Sungai Kulim dekat Labuh Banting, Tasek Gelugor di sini, kononnya untuk memancing.

Namun, mereka bertindak menyumpit seekor kerbau milik penduduk yang ditambat berdekatan sungai itu sehingga lali sebelum menyumbatnya ke dalam MPV berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan suspek itu disedari seorang remaja yang bertindak memaklumkan kepada penduduk kampung sebelum mengejar dan mengepung kenderaan dinaiki mereka.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Labuh Banting, Saidin Yaacobbe berkata, selepas gagal membawa keluar kenderaan mereka, suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan kerbau yang dicuri dalam MPV.

Sumbat kerbau dalam MPV
 

Difahamkan, suspek yang bersenjatakan parang turut mencuri dua motosikal penduduk ketika melarikan diri.

Menurut Saidin, pemilik kerbau berkenaan yang berusia 50-an sebelum ini pernah melaporkan kehilangan tiga ekor lembu di kawasan sama dalam kejadian Ramadan lalu.

Katanya, kerbau Sapi dewasa yang cuba dilarikan itu dianggarkan berharga antara RM7,000 hingga RM8,000 seekor. - UTUSAN ONLINE