Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, suami mangsa ketika dirakam percakapan mendakwa isterinya pernah mengalami masalah mental.

“Kecederaan di pinggul mangsa juga dikatakan adalah berpunca daripada jatuh sendiri. Bagaimanapun rawatan masih diteruskan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum kes dirujuk kepada timbalan pendakwa raya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Siasatan polis selepas kejadian Khamis lalu mendapati wanita berusia 33 tahun, sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak berusia empat tahun itu mengandung 14 minggu.

Terdapat kesan lebam baharu dan lama di bahagian badannya. - UTUSAN ONLINE