Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suami rayu isteri pulang

KUALA LUMPUR 16 Mac - Seorang suami meminta kerjasama orang ramai untuk menjejaki isterinya berusia 50 tahun yang hilang selepas keluar daripada kediaman mereka pertengahan Februari lalu.

Datuk Omar Awang, 67, berkata, isterinya Datin Rosni Ahmad dikatakan keluar dari kediaman mereka di Taman Permai Jaya, Ampang dekat sini dengan menaiki sebuah kereta dengan membawa sedikit pakaian pada pukul 8.30 pagi, 18 Februari lalu.

Katanya, semenjak kejadian itu ibu kepada seorang anak berumur 12 tahun itu menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.

“Selepas dua hari cuba untuk menghubunginya dan mencarinya gagal saya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya bagi meminta bantuan untuk mengesan Rosni pada 20 Februari lalu,” katanya.

Justeru beliau meminta isterinya atau sesiapa sahaja yang mengetahui mengenali isterinya untuk agar tampil untuk memberikan maklumat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemui Rosni diminta menghubunginya di talian 019-3334002 - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain