Sumber berkata, kejadian disedari jiran pasangan itu yang terkejut selepas melihat mangsa bersama suaminya terbaring berlumuran darah di dapur kediaman pasangan itu kira-kira pukul 9.10 malam.

Katanya, jiran mangsa yang terkejut terus menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai cemburu lalu bertindak mengelar leher isterinya menggunakan senjata tajam.

"Suspek kemudiannya cuba membunuh diri dengan mengelar leher sendiri tetapi tidak mati," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, ketika polis tiba di rumah itu, isteri suspek sudah meninggal dunia manakala suspek dijumpai dalam keadaan separuh sedar. - UTUSAN ONLINE