“Suami kepada wanita berkenaan adalah seorang daripada suspek yang diburu oleh pihak polis setelah kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan perbuatannya bersama seorang rakan membuang bayi itu ke dalam tong sampah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Fadil, berdasarkan siasatan polis, isteri suspek mengalami keguguran selepas mengadu sakit perut semasa menghantar makanan di tempat kerja suaminya itu.

Katanya, janin tersebut bagaimanapun ditemukan seorang pekerja dari sebuah restoran pada pukul 3.30 pagi semalam sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 76 tahun itu kemudian membantu mengurut perut isterinya di atas kerusi, malangnya wanita tersebut mengalami keguguran.

“Panik dengan keadaan itu, suspek kemudian mengambil janin tersebut lalu menyimpannya ke dalam plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah iaitu tempat janin itu ditemukan semalam,” jelasnya.

Walaupun keguguran, Fadil berkata, suspek tidak membawa isterinya ke hospital atau klinik kerana wanita tersebut tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan mereka juga kesempitan wang.

Dalam pada itu, Fadil memberitahu lelaki yang juga rakan sekerja suspek dalam CCTV itu tidak mengetahui mengenai isi kandungan plastik adalah janin berusia 22 minggu dan mereka hanya terserempak semasa dia membuat rondaan di lokasi kejadian.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.