Dalam operasi pada pukul 4.20 petang itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintenden Helmi Aris berkata, polis merampas sebanyak 2.26 kilogram dadah dipercayai heroin yang ditemukan disembunyi dalam kereta suspek.

“Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri membuat operasi di Gurun dan menahan pasangan itu yang baru keluar dari sebuah kereta jenis Proton Iswara di tepi jalan di R&R tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemukan di bawah tempat duduk bahagian penumpang hadapan iaitu beg plastik warna hitam di dalamnya ada bungkusan surat khabar yang mengandungi lima bungkusan plastik lutsinar yang setiap satu berisi ketulan-ketulan disyaki dadah heroin,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pasangan yang berusia 29 dan 38 tahun itu akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE