Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, 4 November lalu, rakaman tersebut menunjukkan kedua-duanya dilihat mengeluarkan sejumlah pakaian dalam sebuah mesin pengering lalu mengambilnya.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan pemilik pakaian itu kerugian kira-kira RM400.

Bertindak atas maklumat, polis yang menjalankan Op Pintu berjaya mengesan dan memberkas kedua-duanya yang masing-masing berusia 51 dan 19 tahun.

Pasangan suami isteri itu kemudian ditahan reman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman itu diperoleh daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah.

Peguam, Zuhair Ahmad Zakuan bertindak sebagai peguam pemerhati. - UTUSAN ONLINE