Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk S. Dev Kumar berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan selepas membuat laporan tentang penemuan mayat isterinya yang disyaki dibunuh di Balai Polis Serian pada pukul 1.35 petang.

Katanya, dalam laporan dibuat, lelaki terbabit memaklumkan telah menemukan isterinya tertiarap berlumuran darah di lantai ruang tamu rumah semasa pulang mengambil anak perempuan mereka berusia lapan tahun pulang dari sekolah.

“Siasatan polis di tempat kejadian mengesahkan bahawa mangsa, seorang suri rumah warganegara Indonesia berusia 36 tahun telah mati.

“Terdapat kesan luka akibat diikelar di bahagian leher mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Dev Kumar berkata, polis kemudian menahan suami mangsa untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti identiti pembunuh dan motif pembunuhan. – UTUSAN ONLINE

ANGELINA SINYANG