Tertuduh Mohd. Farid Abdul Rahim, 39, membuat pengakuan itu selepas tuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Farid didakwa telah membuat tuntutan elaun perjalanan bagi Mac 2017 berjumlah RM984.25 untuk perjalanan dari pejabat MPSJ ke Jabatan Teknikal Luaran dan agensi luar sedangkan dia tidak melaksanakan tugasan itu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE