Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti laporan yang dibuat oleh peneroka di kawasan berkenaan dan menjalankan siasatan secara terperinci.

“Saya sudah diberi taklimat awal mengenai isu ini dan kita akan melihat jika ada unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Bagaimanapun, siasatan akan mengambil sedikit masa kerana isu ini sudah lama, melibatkan banyak dokumen, pelbagai pihak dan beratus-ratus laporan polis telah dibuat peneroka,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan penduduk Kampung Gatco di sini hari ini.

Isu pertikaian pemilikan kawasan itu berlaku sejak 40 tahun lalu dan kembali tercetus selepas 28 penduduk ditahan polis kerana menghalang lori yang membawa kayu getah keluar dari kawasan tersebut pada Julai lalu.

Penduduk yang tidak berpuas hati telah membuat demonstrasi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur baru-baru ini dan mempersoalkan tindakan yang diambil pihak berkuasa itu terhadap penduduk. - UTUSAN ONLINE