Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengesahkan Hamid ditahan di pejabat agensi itu di sini pada pukul 9.30 malam.

Terdahulu, SPRM pada petang tadi turut menggeledah rumah Hamid di Putatan bermula pukul 2.30 petang hingga 6 petang untuk mencari bahan bukti bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, Hamid hadir ke pejabat SPRM pada pukul 10.30 pagi ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.-UTUSAN ONLINE