Pengurus lelaki itu yang berusia 38 tahun ditahan pukul 3 petang tadi di pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri di Jalan Hang Tuah di sini bagi membantu siasatan kes tersebut yang dipercayai bermula sejak awal tahun lalu.

Sumber memberitahu, suspek dipercayai membuat tuntutan palsu melibatkan puluhan ribu kampit baja menerusi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan yang tidak pernah diluluskan.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangkapan tersebut dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. - UTUSAN ONLINE