Menurut sumber, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan kira-kira pukul 4 petang tadi.

Jelas sumber, suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan melepaskan orang awam yang ditahan atas kesalahan dadah. 

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. - UTUSAN ONLINE