Menurut sumber, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini.

Ujarnya, suspek disyaki me­nerima wang rasuah sebagai balasan menambah keanggotaan PKR Cabang Julau, Sarawak dengan mendaftarkan keahlian baharu tanpa pengetahuan anggota yang didaftarkan.

“Siasatan dilakukan selepas pihak SPRM menerima aduan bahawa berlaku keraguan selepas anggota PKR pada 27 Jun lalu meningkat secara mendadak kepada 12,000 ahli sedangkan jumlah sehari sebelum pendaftaran (26 Jun) adalah kurang daripada 1,000 orang.

“Daripada maklumat yang diperoleh, aktiviti itu disyaki dilakukan oleh satu daripada kumpulan yang bertanding dalam pemilihan PKR,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, suspek kini direman sehari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Tambahnya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 16 (a) (A) ASPRM 2009.