Menurut sumber, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini.

“Suspek disyaki telah menerima wang rasuah sebagai balasan menambah keanggotaan PKR Cabang Julau, Sarawak dengan mendaftarkan keahlian baru tanpa pengetahuan anggota yang didaftarkan.

“Siasatan dilakukan selepas pihak SPRM menerima aduan bahawa berlaku keraguan selepas anggota PKR pada 27 Jun lalu meningkat secara mendadak kepada 12,000 ahli sedangkan jumlah sehari sebelum pendaftaran (26 Jun) adalah kurang daripada 1,000 orang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.- UTUSAN ONLINE