Menurut sumber, dua individu yang merupakan penasihat serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan kira-kira pukul 11.30 pagi dan 5.30 petang.

“Penasihat syarikat berusia 55 tahun ditahan di Dutamas Raya, di sini, manakala CEO berusia 49 tahun terbabit ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberikan keterangan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki dan wanita terbabit telah bersubahat membayar wang suapan kepada penguat kuasa sebuah kementerian sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut yang menjalankan aktiviti mengutip deposit bagi pelaburan yang tidak sah sekitar Julai 2017,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Putajaya pagi esok. - UTUSAN ONLINE