Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, Abdul Azeez dan abangnya itu ditahan selepas SPRM mendapat keizinan untuk mendakwa kedua-dua individu terbabit daripada Pejabat Peguam Negara.

“Abdul Azeez dan abangnya itu ditahan pada pukul 4.30 petang ketika hadir ke ibu pejabat SPRM. Kedua-duanya akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi esok,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataannya, di sini hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, Abdul Azeez dan Abdul Latif akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - UTUSAN ONLINE