Menurut sumber, kesemua suspek termasuk seorang pegawai teknik TM ditahan di beberapa lokasi, antaranya Batu Caves, Damansara Damai, Kajang, Seri Kembangan dan Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

“Sembilan suspek berusia antara 30 hingga 56 tahun ditahan SPRM Kuala Lumpur disyaki bersubahat mengemukakan 55 dokumen arahan penyelenggaraan dan surat kebenaran yang mengandungi butiran palsu kepada TM untuk mengeluarkan kabel dari gudang syarikat berkenaan.

“Manakala dua yang ditahan di Seremban merupakan seorang ahli perniagaan dan pengarah syarikat, masing-masing 47 tahun dan 30 tahun kerana disyaki bersubahat dengan kakitangan TM dan menerima rasuah untuk membawa keluar drop fiber berjenama Lite Kabel milik syarikat itu sebelum dijual di pasaran,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kesemua suspek akan direman esok untuk membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE