Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki mengesahkan Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC itu disiasat, namun enggan mengulas lanjut.

"Siasatan berhubung perkara itu sedang berlangsung," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu menurut sumber, siasaaan tersebut turut melibatkan beberapa individu lain dan akan dipanggil bagi dirakam percakapan.- UTUSAN ONLINE