Menurut sumber, sepasukan pegawai penyiasat SPRM menyerbu pejabat yang terletak di ibu negara kira-kira pukul 1 tengah hari.

““SPRM tidak menyerbu Maika Holdings sebaliknya menyerbu sebuah syarikat pembubar yang mempunyai kaitan dengan syarikat itu.

“Difahamkan pihak SPRM mengambil beberapa dokumen untuk tujuan penilaian sebelum tindakan susulan dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Februari lalu, portal Sarawak Report mendedahkan wujud pembayaran berjumlah RM1.6 juta oleh Maika Holdings kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri S. Vell Pari antara tahun 2003 dan 2019.

Laporan itu turut menuntut satu siasatan oleh SPRM perlu dilaksanakan terhadap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Vell Pari kemudiannya dilaporkan tidak melakukan sebarang salah laku dan mendakwa syarikat berkenaan melakukan pembayaran hutang kepadanya.

Beliau turut mendedahkan telah diugut sebanyak RM3.5 juta untuk perkara itu didedahkan.-UTUSAN ONLINE