Serbuan itu dipercayai ada kaitan dengan operasi SPRM di sebuah kilang haram memproses serbuk kayu yang mencemarkan alam sekitar di Kampung Sungai Lembu, Penanti, di sini semalam.

Kilang haram yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu itu didapati beroperasi tanpa permit sah di atas tanah berstatus tanah pertanian dan dipercayai dilindungi pihak tertentu. - UTUSAN ONLINE