Serbuan melibatkan lima lokasi berbeza iaitu di Kampung Pandan, Shah Alam dan Bestari Jaya itu bermula pukul 10 pagi dengan enam pegawai SPRM dilihat memasuki kampus induk Unisel di Seksyen 7, sebelum serbuan dibuat pula ke atas MBI di Bangunan Darul Ehsan pada pukul 10.45 pagi.


Pada 8 Ogos lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung tatacara penyelesaian kontrak berjumlah puluhan juta ringgit di antara Unisel dan JNSB yang didakwa meragukan. - Utusan Online.