Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, Stadlen dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

PAUL GEOFFREY STADLEN

"Maklumat lanjut berkenaan Stadlen tidak boleh didedahkan tetapi buat masa ini kami sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk menangkapnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Kali ke-7 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.