Pengarah SPRM negeri, Datuk Sazali Salbi berkata, perkara itu masih di peringkat siasatan dan pihaknya kini dalam usaha mengumpul bukti.

“SPRM akan membuat penahanan sebaik sahaja semua bukti dan siasatan yang boleh mengaitkan pihak berkenaan dengan rasuah,” katanya kepada pemberita selepas majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini hari ini.

Yang hadir sama, Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Datu Kamarudin Datu Mudin serta kira-kira 200 pegawai kanan dan kakitangan akademik universiti tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beberapa lagi agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini sedang dipantau oleh SPRM kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur-unsur rasuah. - UTUSAN ONLINE