Sumber memberitahu, terdahulu, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.

Ujarnya, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret, Putrajaya pagi ini.

"Selain mereka, mungkin ada individu lain turut akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan," katanya di sini malam tadi.

Dalam pada itu, SPRM semalam memaklumkan yang pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap seorang bekas pengerusi agensi kerajaan dan seorang ketua pegawai eksekutif hari ini. - UTUSAN ONLINE