Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Dzulkifli Ahmad berkata, serbuan itu merupakan proses biasa yang akan dijalankan oleh SPRM dalam usaha melengkapkan siasatan.

“Pagi ini kita telah membuat pemeriksaan di pejabat SPAD, jadi ini adalah proses biasa apabila kita tangkap seseorang itu kita akan pergi menjalankan pemeriksaan di rumah, di pejabat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini

Difahamkan kira-kira 10 orang pegawai SPRM menaiki tiga kenderaan memasuki pejabat Mohd. Isa di SPAD kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Menurut laporan, SPRM sudah menyerbu tiga kediaman milik Mohd. Isa di Bandar Baru Nilai, Senawang dan Linggi, Negeri Sembilan. – UTUSAN ONLINE