Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, individu berkenaan ialah Tan Kim Loong, 40, (780213-14-6207), Tang Keng Chee, 53, (650207-10-6975); Geh Choh Heng, 47, (710905-10-5453) dan Loo Ai Swan, 45, (730613-14-5160).


“Alamat akhir Kim Loong ialah di Nombor 20 M Jalan 5/40 Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur, Keng Chee pula ialah di 112 Jalan 5/149G Taman Sri Endah; Choh Heng di 27 Jalan Setia Murni 1, Damansara Height dan Ai Swan di 25 Jalan Seri Beringin 2, Damansara Height.


“Keng Chee, Choh Heng dan Ai Swan sebelum ini memegang jawatan sebagai pegawai 1MDB,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataannya di sini hari ini.


Menurut SPRM, individu-individu terbabit diminta tampil atau menghubungi suruhanjaya itu dengan segera bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.


“SPRM juga meminta mana-mana pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu berkenaan agar menghubungi Penguasa Nur Aida Arifin di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan : 0323) atau emel kepada [email protected]


“Orang ramai juga boleh menghubungi Penguasa Nahar Haris di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan: 0388) atau emel kepada [email protected] atau menghubungi mana-mana pejabat SPRM yang berhampiran,” katanya.- UTUSAN ONLINE