Muhammad Yusuf Azmi
Muhammad Yusuf Azmi

Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, badan integriti itu wajar membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan sekali gus menyiasat lelaki berkenaan yang dianggap ‘kebal’.

“Sudah tiba masanya SPRM buat sesuatu dan selesaikan masalah ini, jika benar sudah diambil tindakan terhadap lelaki ini maka uar-uarkan supaya semua orang dapat tahu.

“Kita pelik kerana lebih 1,000 laporan telah dibuat terhadap lelaki ini tetapi masih tiada tindakan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa siri rakaman video Muhammad Yusuf tersebar luas di media sosial memaparkan beliau ‘menarik’ keluar kereta pengguna yang didakwa ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan di Kajang baru-baru ini.

Muhammad Yusuf bertindak demikian kerana mangsa mendakwa syarikat itu sudah menipu 500 individu yang menjadi pelanggannya.