Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu.

“Semalam, ada laporan di­buat mengenai isu tersebut. Kita tidak boleh mendedahkan siapa yang melaporkan kerana dilindu­ngi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

“Pegawai penyiasat akan dihantar ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta bekerjasama de­ngan pihak berkuasa Australia bagi mengumpul maklumat ber­kaitan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar Austra­lia, The Sydney Morning Herald menyatakan duit akaun Wan Ahmad Najmuddin itu da­tang daripada sumber yang tidak sah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kos yang tinggi mendapatkan kembali wang dalam sebuah bank di negara itu an­tara sebab me­ngapa tiada tindakan lanjut dilakukan oleh Wan Ahmad Najmuddin.

Menurutnya setakat ini, Wan Ahmad Najmuddin belum lagi menuntut wang berkenaan di negara tersebut.

“Itu memang duit beliau (Wan Ahmad Najmuddin) dan dia sebenarnya boleh mengambil semula duit tersebut.

“Tetapi mungkin ada belanja yang agak besar perlu dilakukan untuk mengambil duit itu kerana membabitkan uru­san luar negara,” katanya selepas Majlis Menandatangani Surat Serah Hak Pereka Cipta dan Perjanjian Pelesenan Pengkomersialan Produk Inovasi i-Smart Tactical Vest (i-STV) di Bukit Aman.

Sementara itu, Mohamad Fuzi mengesah­kan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak pernah berhubung dengan pihaknya sebelum ini berkaitan sebuah kapal layar mewah, Equani­mity dipercayai milik ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.