Dipercayai, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull turut hadir mengetuai pasukan pegawai SPRM tersebut.

Difahamkan, pertemuan tersebut adalah berhubung dakwaan Daim mengenai transaksi tanah meragukan di ibu negara yang berlaku ketika pentadbiran kerajaan lalu.

Semalam, Daim mendakwa sekurang-sekurangnya 91 transaksi lot tanah di pusat bandar meragukan.

"Kita dah siasat semua dan telah hantar kepada SPRM. Esok (hari ini) SPRM akan jumpa saya dan jika ada kesalahan dalam transaksi tanah ini, SPRM akan ambil tindakan," katanya.-UTUSAN ONLINE