Menurut sumber, keempat-empat akaun bank serta kenderaan mewah itu adalah milik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditahan semalam selepas dipercayai menerima wang suapan bernilai RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek berkenaan.

“SPRM turut menyita sebuah rumah bernilai RM2.5 juta yang terletak di Petaling Jaya serta tiga buah televisyen bernilaI RM167,900,” katanya kepada utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata, pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE