Kenyataan media SPRM
Kenyataan media SPRM

Menurut satu kenyataan, SPRM  menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail, membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka.

Beliau berkata, kedua-dua mereka dibebaskan dengan segera tanpa perlu dipanggil semula pada masa akan datang.

Pada 6 Julai lalu, kedua-dua mereka telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.-UTUSAN ONLINE