Menurut sumber, notis perintah kehadiran tersebut telah diserahkan kepada bekas Perdana Menteri itu hari ini yang memerlukan beliau untuk hadir ke ke Pejabat SPRM pada Selasa minggu depan.

Jelasnya, ini adalah bagi membantu siasatan berkaitan skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB).

Tinjauan Utusan Online di kediaman bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) itu di Jalan Langgak Duta mendapati dua kereta berwarna perak tanpa logo SPRM memasuki kediaman terbabit pada pukul 3.50 petang.

Kereta itu membawa lapan orang yang mengaku dari suruhanjaya tersebut berada dalam kediaman tersebut kira-kira sejam setengah sebelum sebelum beredar pada pukul 5.41 petang. - UTUSAN ONLINE