Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SPRM akan sita 10 juta tan bauksit

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Lebih 10 juta tan metrik simpanan stok bauksit yang dilombong dan kini disimpan di beberapa lokasi di Pahang akan disita Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) bagi menghalang bahan tersebut dibawa keluar dari tempat penyimpanannya untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.

AZAM BAKI

Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Ope­rasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, tindakan tersebut meliputi seluruh sim­panan stok bauksit yang berada di tanah kerajaan dan persendirian yang telah dikenal pasti di negeri itu.

Menurutnya, penyitaan itu perlu dilakukan bagi membantu SPRM menjalankan siasatan terhadap isu perlombongan haram bauksit yang terbongkar sebelum ini.

“Penyitaan ini dilakukan mengikut Seksyen 33 Akta SPRM 2009 dan sekiranya terdapat mana-mana pihak melanggar arahan notis penyitaan akan berdepan hukuman mengikut Seksyen 69 akta sama.

“Selain itu, kita juga akan memantau sebarang eksport bauksit di Pelabuhan Kuantan,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azam memaklumkan, pihak SPRM ju­ga telah menga­dakan perbinca­ngan dengan Ke­­­menterian Sumber Asli dan Alam Se­kitar dan mencadangkan pihak kementerian terbabit mengkaji se­mula pe­ngeluaran permit kelulusan (AP) kepada pengusaha lombong bauksit.

“Ini termasuk cadangan membatalkan kesemua AP yang telah dikeluarkan sebelum ini,” ujarnya.

Sebelum ini, media me­laporkan sebanyak 11 individu termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan reman kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi kegiatan perlombongan bauksit secara haram di sekitar Pahang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain